Total Pageviews

Wednesday 10 April 2019

#TB #TravelLog #Jordan part 1

Assalamualaikum.... setelah sekian lama menyepi akhirnya akak kembali...dengan rasa sedih 😭😭sebab gambar dalam hard disk tak dapat diselamatkan... maka berkuburlah #TB #TravelLog yang tak sempat siap tu... 

Maka, disebabkan kejadian itu akak terus nak update #TB #TravelLog #Jordan .... Ye la... mana nak cari gambar2 ni kalau dah hilang kan... 🙊🙊 sekurang - kurangnya kalau dah up kat blog ni ada juga simpanan kan..... 😂😂

Persiapan nak ke Jordan ni sebenarnya dari awal tahun 2018 di mana family akak buat tabungan... tiap2 bulan semua yang nak join trip ni kena masukkan duit pada bendahari a.k.a ibu kutu 😝😝 Alhamdulillah cukup bulan Februari 2019 kami pun beli lah tiket flight untuk ke Jordan... Dapat la merasa naik flight Royal Jordanian...

Di samping nak jalan2 tu, Allah gerakkan hati akak nak buat kutipan derma untuk anak2 Syria... maka akak pun propose le paperwork kat bos... Alhamdulillah berkat bantuan keluarga dan rakan2 akak berjaya juga mengutip dana dan menjayakan projek yang diberi nama "Goodies For Syrian Kiddies" ... Terima kasih semua yang banyak membantu dan menyumbang... Semoga Allah membalas jasa kalian di dunia dan akhirat... Oh ya, tak lupa juga pada  Cinta Syria Malaysia yang banyak membantu dalam menjayakan program ini...  


 














Maka berangkatlah kami sekeluarga tanggal 22 Mac 2019 jam 10.00 malam ....



Ni gambar bersama dengan Pengarah KKTM MT, Pengerusi AJK CSR & Pengerusi AJK Kerohanian..... 















23 Mac 2019
Amman

Setelah berbelas jam duk dalam flight maka kami pun sampai la kat Queen Alia International Airport jam 5.00 pagi waktu Jordan (malaysia + 6 jam)

 makan sedap wei... Alhamdulillah... Nasi lemak Pak Nasir xde tau 🙊🙊 
3 kali makan ... tengah mamai pun suap je masuk mulut....


Masing2 dah kebulur... Ye la waktu Malaysia dah kul 10 lebih... kat sana baru subuh 😅😅... makan roti & minum kopi buat alas perut...




ni la apartment tempat kami berteduh selama seminggu....  rumah ni dah le xde aircond... kipas pun xde 😂😂😂😂 yg ada heater je.... hehehehehehe... jgn marah eh tuan rumah... tu pun ayat tuan rumah teww.....

Lepas dah sampai rumah, kami bagi warga emas rehat2 dulu... maka kami yang muda mudi ni terus le kuar cari lauk nak masak makan tengahari....

 
ni Shawarma.. jual fresh Juice... kami beli jus strawberi + pisang & jus avocado + madu.... sedap giler weiiiii.... dah la fresh, xde campuran lain tau... mmg buah tu sebijik sebijik.... pekat dan sedap.... saya bagi 10 💖....

 
ni kat Yaser Mall... beli barang dapur yang lain sambil cuci mata.... 🙊 buah dan sayur dia besar2... gambar kat kak long... dia peram dalam ipad dia.... hehehehehe bawang dia sama besar ngan bola lontar peluru tu.... kih...kih..kih... 
Oh Ya... belakang Yaser Mall ni terletaknya perkampungan Bilal Bin Rabah... 

 
xdapat jumpa tulip kat Istanbul, dapat jumpa anak tulip pun jadi la... sekarang baru je nak masuk musim bunga, so pokok baru nak tumbuh daun semula & bunga baru nak memekar....





Lepas dah siap masak, makan, rehat.... petang tu kami di bawa jalan ke Wasad Balad (Pasar) ... area situ ada jual souvenir Jordan... maka kami pun shopping le dulu ... bukan apa takut duit habis masa jalan tpt lain... nanti xsempat nak beli souvenir... 
Tengok tu... memasing dah bw bungkusan.... Lepas jalan kat pasar kami g ke Roman Theater x jauh dari pasar tersebut....

  




 
Kemain posing korang eh....

Kami lepak2 sampai dah nak maghrib.... kami pun balik la...  malam tu saya pengsan terus... mau tak... kat malaysia dah pagi kotttt ..mata xleh bukak dah... yang lain g jalan shopping .... cerita lanjut mengenai Amman .. 

 24 Mac 2019 

1. Madaba

Terletak diselatan Amman, Madaba terkenal sebagai ‘Bandar Mozek’.Merupakan tempat koleksi mozek terbesar didunia. Untuk cerita lanjut boleh jenguk web site Madaba





2. Gua Ashabul Kahfi

Kisahnya tercatat didalam AlQuran di dalam surah AlKahfi. Setelah dianiaya dan ditindas oleh Raja Tarajan yang zalim ... kerana keimanan mereka,maka 7 orang pemuda beriman ini pun lari menyelamatkan diri bersembunyi didalam gua ini. Allah menyelamatkan mereka dengan menidurkan mereka selama 309 tahun lamanya,yang mereka sangka hanya tertidur selama 1 hari semalaman. Selepas dari zaman pemerintahan Kristian,mereka disedarkan dari tidur yang lama.. Kisah lanjut google je Ashabul Kahfi


  



Saya dan bunga.... saya suka bunga hidup je... bunga mati xminat 😁😁




Makam mereka juga ditempatkan di dalam gua ini.. Yang tinggal hanya bahagian ruang tamu kerana bahagian lain telah tertimbus akibat gempa dan faktor usia.... Tulang2 juga boleh dilihat melalui cermin kaca di hadapan makam...

Tulang temulang Ashabul Kahfi di dalam makam bercermin


 3. Nebo Mount Di puncak Bukit Nebo,anda akan berdiri ditempat dimana Nabi Musa berdiri melihat Sungai Jordan yang menghala ke Palestin.Bukit Nebo juga tempat istirehat terakhir Nabi setelah memimpin umatnya dari Mesir menyeberangi Padang Pasir Sinai ke bumi yang dijanjikan.Allah swt berfirman secara langsung kepada Nabi Musa, yang menunjukkan kekuasaan Tuhan ke atas kaum Nabi Musa... bekas aliran sungai ada tapi airnya tiada ... Israel dah sekat airnya....








dari atas ni boleh nampak sempadan Palestine yang telah dikuasai Israel...

4. Laut Mati


Sesampainya di Laut Mati perut pun dah mula berkaraoke... maka kami pun berkhemah tanpa Si Nopal... Sebab Nopal tak ikut...dia g sekolah.. 😂😂😂






Yang putih - putih tepi pantai tu adalah butiran garam



  
Tiada satu makhluk pun yang mampu hidup dalam Laut Mati ni... sebab tu la nama dia Laut Mati..
Kisah Laut Mati menurut Al-Quran....  Laut Mati merupakan tempat paling rendah di dunia... 
Lepas dah picnic kat Laut Mati, kita terus balik ke Amman sebab nak ambil Si Nopal balik sekolah 😅😅 Malam macam biasa leee... aktiviti masak memasak dan shopping berdekatan rumah... Family kami ni g jalan2 sentiasa bawa bekal yee... Ramai le katakan.... 

25 Mac 2019 

1. As - Salt
  

Ziarah Makam Nabi Yusya'. Nabi Yusya' merupakan keturunan Nabi Ibrahim A.S.


 Ziarah Makam Nabi Syu'aib a.s.

 


 Melawat Pekan Salt dan Muzium. Pekan Salt merupakan Ibu Negeri Jordan yang pertama. Ia juga merupakan Pusat pertemuan pedagang pada zaman dahulu. Sekolah yang pertama dibina juga ada di sini.




nampak macam biasa je kan... suhu 8C ... berasap mulut weeiii....



 
Pakaian Tentera & Pakaian Penduduk


Dalam perjalanan pulang ke Amman kami singgah ziarah Makan Nabi Ayub a.s. Nabi Ayub a.s. merupakan manusia yang paling sabar. Menurut Imam masjid, kawasan berbukit tersebut merupakan tapak rumah Nabi ayub dan dia dikebumikan juga di dalam kawasan tersebut.

  

1 comment: